wink !

Thursday 24 November 2011

cara isteri sentiasa disayangi Suami ^_^



Kaum Wanita  ..

Setelah Lelaki menikahi kita dan sah menjadi isterinya .. secara keseluruhan dosa kita di tanggungjawabkan kepada suami . ibu dan ayah sudah lepas dari tanggungjawab menjaga kita dari kecil bagaikan menatang minyak yang penuh . dan dengan itu juga ..

Pertama : syurga di bawah telapak kaki suami atau maksud lain mentaati suami .
Kedua : mak mentua
Ketiga : Ibu dan ayah sebelah perempuan

Jom Kita Layan Petua Tentang Rumahtangga insyallah buat kebaikan untuk kita semua ..
1.    Isteri bangun awal dahulu, jangan Sampai Suami bangun dan memasak untuk isteri

2.   Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami seperti Kopi, teh atau susu .  lebih baik tawarkan menu apa yang di inginkan pagi ini.
  
3.   Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi

4.   Bila suami pulang kerja jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak, sambut suami dengan senyum yang indah dan dalam keadaan rapi


5.   Jangan Lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja

6.   Sederhana dalam berpenampilan , umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan makeup tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan


7.   Jika ada masalah apa pun yang bergolak di hati anda, berusahalah untuk tetap bersabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami

8.   Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka . Ingat ! Jangan isteri yang menjadi api pulak


9.   Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri. Anggapan bahawa perempuan agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri

10.                Jika ada persoalan segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati . apa lagi membocorkkan rahsia di luar rumah contohnya menyebarkan di laman social atau bercerita dengan orang lain . Hukumnya berdosa BESAR !!!


11. Jika  ingin keluar minta izin atau atas pengetahuan suami

12.Jangan menjadi isteri yang boros dalam berbelanja. Terutama untuk hal-hal yang tidak penting
13.                Jangan sesekali meninggikan suara terhadap suami atau mengarah suami dengan tidak bersebab. Rumah adalah tanggungjawab sorang isteri

Renungan bersama dan ingat laluan seorang Wanita untuk KeSyurga adalah mentaati Suaminya
Ibarat Syurga di Bawah Telapak Kaki Suami .. ;)