wink !

Monday 4 April 2011

ShaRe StOriEs PaRt 1 ◕‿◕

PERSEDIAAN BAGI MERISIK DAN BERTUNANG  
Merisik
Persediaan untuk merisik? Oh-Oo.. maaf yew Ria kurang arif dalam bab adat istiadat ni, tapi hari tue masa Uncle Ria pergi merisik gadis pilihan My Cousin, kami bawa 3 dulang hantaran iaitu
o                  Tepak Sireh
o                  Kek Hantaran 
o                  Sebentuk Cincin 

Pihak perempuan membalas 3 dulang juga iaitu
o                  Coklat
o                  Buah-buahan
o                  Bunga Rampai

Masa merisik, mereka berbincang untuk menetapkan tarikh pertunangan sahaja. Semuanya serba ringkas.


Bertunang 

Bertunang kalau sebelah Pihak lelaki tidaklah serumit sebelah pihak perempuan.  Masa Cousin Ria bertunang hari tue, Sebelah Pihak Lelaki hanya membuat persiapan dari segi:

1.. Memilih Wakil keluarga (sangat penting sebab kalau xde wakil sape yang nak pergi meminang?)
2. Warna Tema penting untuk membuat hantaran dan pemilihan baju.
3. Hantaran (Kalau lelaki beri 7 dulang perempuan akan balas 9 dulang)
4. Baju untuk dipakai masa bertunang dan juga baju ahli rombongan supaya kelihatan seragam.

Persiapan Pertunangan bagi Pihak Perempuan:

1. Memilih Wakil Keluarga (Kalau xde wakil siapa yang nak terima pinangan?)
2. Warna Tema?
3. Hantaran
4. Jamuan makan @ Catering/Khemah
5. Baju Tunang @ Baju tema untuk ahli keluarga 
6. Make-up @ mak andam
7. Fotographer 
8. Hiasan bilik tidur. 
9. Mini Pelamin 
10. Doorgift 

No comments: